PETALING JAYA: Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir menzahirkan rasa gembira dengan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tiada sesiapa yang terbabit dalam kes kematian anaknya akan terlepas daripada siasatan dan tindakan undang-undang. Peguam keluarga, Hamid Ismail berkata, jaminan itu secara tidak langsung memberi keyakinan dan kelegaan kepada keluarga bahawa siasatan akan dijalankan secara teliti dan menyeluruh. Menurut beliau, ibu arwah, Noraidah Lamat, berharap jaminan berkenaan akan disusuli…










