Ibu bapa pelajar kes buli dibuang MRSM mahu saman Mara

Ibu bapa pelajar kes buli dibuang MRSM mahu saman Mara

MRSM
ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu bapa bekas pelajar yang dibuang daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana terlibat dalam kes buli mahu menyaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi berkata, beliau tidak mempedulikan sebarang tindakan undang-undang tersebut kerana menjadi tugasnya untuk memastikan persekitaran MRSM terus dalam keadaan selamat.

“Saya katakan bring it on!’ (silakan). Saya nak jaga keselamatan majoriti pelajar bukan segelintir yang berlagak samseng,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi berkata, keselamatan dan kebajikan pelajar di semua MRSM adalah keutamaan utama dan sebarang perlakuan termasuk buli yang mengancam suasana pembelajaran selamat tidak ditoleransi.

Malah beliau memberi peringatan iaitu ‘you touch, you go’ (anda sentuh, anda pergi) dengan mengambil tindakan membuang pelajar MRSM didapati terlibat kes buli.

Katanya, Mara terus mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang terbukti melakukan kesalahan berat termasuk buli, demi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Menurut Asyraf Wajdi, ibu bapa juga perlu memainkan peranan memastikan anak-anak tidak terjebak dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang sekolah serta bertentangan dengan nilai kemanusiaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN