SEREMBAN: Hasil siasatan polis mendapati lelaki yang maut ditikam di hadapan rumahnya di Taman Sri Pagi, Senawang di sini, Isnin lalu mengenali isteri suspek dan mereka dikatakan mempunyai hubungan sulit. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, suspek yang berang dipercayai bertindak demikian selepas mengetahui isterinya curang dengan mangsa. “Hasil siasatan mendapati motif kejadian adalah kerana mangsa yang berusia 28 tahun itu dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan…










