PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man masing-masing kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden dalam Pemilihan Pas Pusat 2025. Menurut kenyataan Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim merupakan calon tunggal bagi kedua-dua jawatan tersebut sekali gus menyaksikan tiada pertandingan. Sebaliknya, berlaku pemilihan jawatan Naib Presiden apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor masuk gelanggang persaingan kedudukan tersebut. Seperti…