KANGAR: Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis menzahirkan kebimbangan berhubung tindakan sesetengah pihak yang semakin aktif menggunakan nama harumanis bagi melariskan produk, sekali gus menjejaskan hak eksklusif buah berkenaan yang sinonim dengan negeri ini. Pengerusinya, Datuk Hashim Suboh berkata, apa yang membimbangkan produk-produk dihasilkan menggunakan nama harumanis, namun tidak dapat dipastikan kesahihan buah tersebut yang hanya bermusim setahun sekali di Perlis. HASHIM SUBOH Katanya, jika terdapat kesalahan dan cubaan mengelirukan dalam penggunaan…