SEGAMAT: Pihak berkuasa dan agensi berkaitan menjalankan pemantauan lanjut bagi memastikan daerah ini berada dalam keadaan selamat terutamanya kepada orang awam susulan gempa bumi awal pagi tadi. Pegawai Daerah Segamat, Mohd. Ezzuddin Sanusi berkata, sebaliknya sehingga kini, tiada laporan kerosakan harta benda, kecederaan mahupun kemalangan jiwa yang diterima berlaku. Katanya, Jawatan Pengurusan Bencana daerah Segamat melalui Pejabat Daerah Segamat menasihatkan penduduk daerah ini untuk kekal tenang susulan kejadian gempa bumi…