PETALING JAYA: Siri gegaran bumi yang melanda Segamat berisiko menjejaskan bangunan lama dan infrastruktur kritikal termasuk sekolah, hospital serta jambatan. Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Noor Azim Mohd. Radzi berkata, kesan daripada gegaran berulang boleh meningkatkan risiko kerosakan jika langkah pencegahan tidak diambil segera. “Dari perspektif kejuruteraan, inilah yang membimbangkan kerana gegaran mungkin lemah tetapi impak terkumpulnya mampu mengancam keselamatan struktur. “Penilaian semula…