Erra Fazira buat perjanjian dengan anak sebelum beri akses penuh telefon bimbit - Utusan Malaysia

Erra Fazira buat perjanjian dengan anak sebelum beri akses penuh telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mendedahkan dia baru sahaja memberikan akses penggunaan telefon bimbit sepenuhnya kepada anaknya, Engku Aleesya pada usianya 16 tahun.

Menurut Erra, kebimbangannya mengenai penggunaan gajet pada zaman kini membuatkan dirinya meletakkan beberapa syarat terhadap puteri tunggalnya itu.

“Saya baru sahaja membenarkan Aleesya menggunakan telefon bimbit sepenuhnya. Sebelum ini, dia tidak mempunyai telefon namun pelepasan itu diberikan kerana dia sudah habis peperiksaan.

“Walaupun sudah memberikan akses penuh, kami sama-sama buat perjanjian bahawa dia boleh dapat gunakan telefon cuma dalam waktu tertentu sahaja,” katanya ketika ditemui di sidang media Kilauan Emas musim kelapan (KE8), baru-baru ini.

Ditanya mengenai syarat perjanjian yang telah ditetapkan, penyanyi lagu Hanya Di Mata itu tegas memberitahu bahawa anaknya perlu membenarkan dia dan bekas suami, Engku Emran untuk mengakses telefon bimbitnya.

“Antara perjanjian yang kami tetapkan ialah dia perlu berkongsi kata laluan dan kami boleh mengakses telefonnya bila-bila masa sahaja. Kalau buat salah atau langgar perjanjian, kami tarik balik telefon.

“Itu cara kami memantau anak. Kami buat sebaik yang mungkin kerana sebagai ibu bapa tentu kita tidak mahu mereka lakukan perkara buruk.

“Era tanpa sempadan ini membolehkan ini kita terdedah kepada bermacam-macam maklumat. Sudah tentu cara tapis adalah menerusi pemantauan.

“Tetapi kadang-kadang, sebijak-bijak kita, bijak lagi anak. Jadi, kita buat sahaja mana yang terdaya dan selebihnya berdoa kepada Allah,” jelasnya.

Untuk info, Aleesya merupakan cahaya mata tunggal penyanyi itu hasil perkongsian bersama Engku Emran.

Namun, pada Februari 2014, Erra dan Engku Emran sah bercerai selepas tujuh tahun melayari perkahwinan.

Erra juga pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pengarah, Datuk Yusry Abd. Halim pada 2003 yang hanya bertahan tiga tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN