Empat beradik perempuan yatim piatu sekelip mata

Empat beradik perempuan yatim piatu sekelip mata

JENAZAH Mohd. Izuddin Harmaini dan Nur Syamimi Rosli dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu di Pekan, Pahang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Empat beradik perempuan berusia antara dua tahun hingga 11 tahun menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan berhampiran Felda Pemanis, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Mohd. Izuddin Harmaini, 51, dan Nur Syamimi Rosli, 36, yang merupakan pemilik kedai emas meninggalkan empat anak perempuan, Nur Qairaa Eryna, 2; Nur Naura Eryna, 4; Nur Airaa Eryna, 7; dan Nur Izzara Eryna, 11, yang kini menumpang kasih saudara terdekat.

Adik Nur Syamimi, Nur Izzah Ezzaini, 26, berkata, ketika kejadian, anak pertama dan kedua mang­sa berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Jaya, di sini manakala dua lagi anak mereka masing-masing dijaga keluarganya dan keluarga mentua kakaknya.

“Ketika kejadian, kakak dan abang ipar dalam perjalanan berjumpa dengan pelanggan untuk menghantar barang kemas di Segamat. Pagi kejadian, kakak dan abang ipar ada singgah di kedai emas mereka untuk mengambil barang kemas, tetapi saya hanya sempat berjumpa abang ipar kerana kakak menunggu di dalam kereta,” katanya selepas selesai pengebumian pasangan berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu di sini, semalam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN