KOTA BHARU: Ekonomi di kawasan sempadan negeri ini semakin tenat berikutan ribuan rakyat tempatan terus memilih berbelanja di negara jiran khususnya di Hatyai, Thailand berbanding menyokong peniaga di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Fenomena ‘pengaliran keluar’ kuasa beli ini kini berlaku secara besar-besaran setiap hujung minggu dan cuti umum dengan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor sesak sejak awal pagi. Kesan…