PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia kekal kukuh dengan kadar pertumbuhan 4.4 peratus bagi separuh pertama 2025 meskipun dunia masih bergelut dengan ketidaktentuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar pengangguran juga telah menurun ke paras tiga peratus iaitu yang terendah dalam tempoh 10 tahun. “Pada masa sama, kerajaan berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada tahun 2022 kepada 4.1 peratus daripada KDNK pada tahun 2024, satu pencapaian yang membuktikan…