Eda Ezrin tiba di Sungai Golok petang ini

Eda Ezrin tiba di Sungai Golok petang ini

BALAI Polis Sungai Golok, Thailand menjadi tumpuan media Malaysia untuk membuat liputan mengenai kepulangan Eda Ezrin hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI GOLOK, THAILAND: Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan mereka dijangka tiba di sini petan,g ini selepas dibebaskan sepenuhnya semalam daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda, pada 1 November lalu semalam.

Menurut sumber, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail dan suami Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, akan menaiki trak polis dari Balai Polis Sungai Golok.

Katanya, trak tersebut sudah bergerak ke Penjara Pusat Wilayah Narathiwat kira-kira pukul 9.35 pagi waktu tempatan untuk mengambil mereka..

“Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk menjalani urusan dokumentasi. Selepas itu mereka ke pejabat Imigresen Sungai Golok sebelum dihantar ke imigresen Sungai Golok yang merupakan sempadan Thailand-Malaysia.

“Kemungkinan mereka akan masuk ke Kelantan melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang selepas itu,” katanya.

Sementara itu, sekumpulan media Malaysia dari Thailand sedang ‘berkampung’ di Sungai Golok untuk membuat laporan kepulangan penyanyi wanita sohor Kelantan itu.

Semalam, Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan Eda Ezrin, suami bersama empat rakan dibebaskan sepenuhnya selepas ditahan selama sembilan bulan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.

Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam semalam.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan akan memanggil Eda Ezrin  bersama suami dan empat lagi rakan mereka untuk memberi kete­rangan selain diambil sampel air kencing untuk saringan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Eda Ezrin, suaminya dam empat dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda oleh Mahkamah Narathiwat di sini, perlu kembali semula ke penjara.

Keputusan itu dibuat panel dua hakim selepas meneliti semua keterangan saksi pendakwaan semasa tiga hari prosiding perbicaraan kes tersebut pada 11, 13 dan 14 Februari lalu.

Hakim menerusi hujah penghakimannya memberitahu, tiada bukti boleh dikaitkan dengan pemilikan 6,059 biji pil kuda itu dengan keenam-enam tertuduh.

Bagaimanapun, kesemua mereka perlu kembali ke Penjara Wilayah Narathiwat bagi membolehkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh sebulan hingga empat bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN