Dua premis hiburan langgar syarat lesen ditutup

Dua premis hiburan langgar syarat lesen ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup dua premis hiburan selain peralatannya disita selepas tiga kompaun dikeluarkan dalam operasi di tiga premis perniagaan semalam.

DBKL berkata, pihaknya melaksanakan Operasi Tindakan Khas Premis (Pusat Hiburan/Hotel) Siri 9 Tahun 2025 di sekitar Jalan Cochrane, Jalan Kampung Pandan, Titiwangsa dan Desa Sri Hartamas, Segambut.

Menurutnya, siasatan dan pemeriksaan dilakukan terhadap tiga buah premis perniagaan yang menjalankan aktiviti pusat hiburan, kelab (pub/restoran) dan hotel tanpa lesen serta langgar syarat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa termasuk memeriksa 93 buah bilik penginapan di hotel berkenaan. 

“Hasil daripada pemeriksaan terbabit, DBKL membuat penutupan serta-merta ke atas dua buah premis, menyita pelbagai peralatan di dua buah premis hiburan.

“DBKL turut mengeluarkan tiga  notis kompaun di atas pelbagai kesalahan melibatkan kesalahan tidak memiliki lesen hiburan, tidak memiliki lesen perniagaan dan penganjuran aktiviti hiburan di luar waktu,” katanya dalam kenyataan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN