RAUB: Dua biji durian dari pokok tua di Kampung Tras di sini, membawa tuah buat Muhd. Izzudin Izhar, 30, apabila dinobatkan juara Pertandingan Durian Kampung Premium sempena Sambutan Hari Durian Peringkat Daerah Raub 2025 di sini. Diberi nama ‘PL Taiko’, buah daripada varieti tembaga Pahang itu memiliki rasa yang cukup lengkap termasuk manis, berlemak, warna kekuningan dan beraroma sekali gus menewaskan sembilan durian kampung lain yang bertanding. Muhd. Izzudin berkata,…