Doakan jodoh Fazura akan hadir juga tidak lama lagi - DJ Sonic - Utusan Malaysia

Doakan jodoh Fazura akan hadir juga tidak lama lagi – DJ Sonic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Doakan Fatima dan Fazura ditemukan dengan insan yang terbaik dunia akhirat.”

Demikian ciapan spontan penyampai radio dan pengacara terkenal, DJ Sonic yang mendoakan rakan baiknya, Nur Fazura dan anaknya, Nur Fatima Aisya bertemu kebahagiaan seperti individu lain.

Menerusi hantaran di Threads, DJ Sonic turut mendoakan agar segala urusan individu yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

“Alhamdulillah, ada yang nak kahwin tak lama lagi. Sama-sama kita doakan semua urusan mereka dipermudahkan. Fazura? Tidak, tapi mana tahu kan, dengan izin Allah,” katanya.

Dalam hantaran sama, penyampai radio itu sempat meluahkan rasa kagumnya melihat kecekalan aktres filem Pisau Cukur itu membesarkan puteri kesayangannya seorang diri meskipun dihimpit jadual kerja yang padat.

“Selama hampir setahun ini, Fazura besarkan Fatima dengan kasih sayang. Segalanya untuk Fatima.

“Fazura kerja 24 jam, siang malam. Doakan jodoh Faz akan hadir juga tidak lama lagi,” kongsinya.

Terdahulu, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Fattah Amin pada November 2017 sebelum sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN