MELAKA: Seorang peniaga direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas disyaki mencabul anak saudaranya yang berusia 16 tahun di ruang tamu rumah di Solok Paya Mengkuang, Bukit Rambai di sini, minggu lalu. Perintah reman sehingga 21 Ogos ini dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman terhadap suspek lelaki berusia 50 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Menurut sumber,…