Didakwa jadi isteri keempat orang kenamaan, Daiyan Trisha hanya ketawa - Utusan Malaysia

Didakwa jadi isteri keempat orang kenamaan, Daiyan Trisha hanya ketawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha hanya mampu ketawa ketika namanya didakwa menjadi isteri keempat seorang individu kenamaan.

Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, mengakui sudah lali dengan segala gosip mengaitkan namanya dengan bermacam spekulasi.

“Wartawan tanya adakah saya tahu fasal nama saya kena petik jadi isteri keempat seorang Datuk yang dirahsiakan.

“Saya hanya mampu gelak. Ada ‘sugar daddy’, isteri keempat, dibela orang,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Story.

Dalam pada itu, pemenang anugerah Ultimate Award Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 menyifatkan khabar angin itu sengaja dicetuskan untuk menafikan segala kerja keras yang dilakukannya selama ini.

“Apa sahaja cara dilakukan untuk menidakkan segala kerja keras dan usaha yang saya lakukan sendiri selama ini.

“Saya sudah tidak kisah lagi tentang semua itu. Apa-apa sahajalah,” tambahnya.

Malah, Daiyan dilihat memuat naik beberapa keping gambar dengan kapsyen ‘hidup sebagai isteri keempat’ dipercayai bagi memerli individu yang memulakan khabar angin.

Terdahulu, timbul spekulasi penyanyi Penat itu didakwa sudah berkahwin dengan seorang lelaki kenamaan sebagai isteri keempat.

Malah, mereka dikatakan sudah lama menjalin cinta sebelum memutuskan untuk menghalalkan ikatan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN