KUALA LUMPUR: Delegasi dari Kemboja dan Thailand tiba di Wisma Perwira di sini, hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC).
Mereka tiba sekitar pukul 2 petang, susulan sesi kumpulan kerja bersama yang berlangsung sejak Isnin lalu sebagai persediaan kepada mesyuarat rasmi berkenaan.
Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar.
Kemboja diketuai Menteri Pertahanannya, Jeneral Tea Seiha manakala Thailand diketuai Pemangku Menteri Pertahanan, Jeneral Nattaphon Narkphani.
Pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat kedua-dua pemimpin itu di Kompleks Perdana Putra.
Anwar berkata, hasil perbincangan, kedua-dua negara menyatakan kesediaan agar Malaysia terus memainkan peranan sebagai penyelaras utama. – UTUSAN










