Dana tambahan RM100 juta Palestin perlu diuruskan dengan telus - Pemuda Pas

Dana tambahan RM100 juta Palestin perlu diuruskan dengan telus – Pemuda Pas

doktor
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Pemuda Pas mahu memastikan dana tambahan RM100 juta kepada Palestin perlu diuruskan dengan ketelusan, kecekapan dan memastikan bantuan tersebut benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, keutamaan masa sekarang adalah memastikan bantuan yang disalurkan segera agar ia dapat memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat Palestin serta menguatkan semangat mereka untuk terus bertahan.

“Dana yang diumumkan itu adalah hasil amanah rakyat dan perlu diurus dengan penuh ketelusan, kecekapan serta memastikan bantuan tersebut benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

“Sejak sekian lama, Pemuda Pas konsisten mengangkat isu Palestin melalui kempen kesedaran, kutipan dana, bantuan kemanusiaan dan solidariti rakyat di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Afnan Hamimi berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung penyaluran dana sebanyak RM100 juta untuk membantu rakyat Palestin melalui inisiatif Sumud Nusantara.

Katanya, isu Palestin bukanlah isu parti atau kaum, sebaliknya isu kemanusiaan dan tanggungjawab bersama umat Islam yang menuntut kesepakatan seluruh rakyat Malaysia.

“Palestin adalah isu kemanusiaan dan bukan platform untuk meraih populariti politik.

Sumbangan ini mencerminkan kebersamaan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin yang terus berdepan kekejaman rejim Zionis,” katanya.

“Kami menyeru semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), masyarakat sivil dan parti politik untuk terus memperkukuhkan solidariti ini tanpa mengira perbezaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN