SUV BYD Atto 2 : kompak, praktikal dan mesra bandar

SUV BYD Atto 2: Kompak, praktikal dan mesra bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BYD Atto 2 bukan sahaja menyasarkan peminat kenderaan elektrik (EV) yang mahukan gaya dan praktikal dalam satu pakej, tapi juga mereka yang mahu melakukan peralihan dari kereta enjin pembakaran dalaman kepada EV. 

Attoo 2 tiba di Malaysia dengan harga menarik dari RM100,000 OTR tanpa insurans, menjadikannya salah satu SUV elektrik segmen B paling mampu milik.    

Dikenali sebagai Yuan Up di China, Atto 2 duduk di antara Dolphin dan Atto 3, lebih besar daripada Dolphin, namun kecil sedikit daripada Atto 3. 

 

Atto 2 memiliki dimensi panjang 4,310 mm, lebar 1,830 mm, tinggi 1,675 mm, dengan jarak roda 2,620 mm.    

Pada rekaan luaran, ia mengekalkan bahasa yang sama seperti Atto 3 dengan ‘dragon face’, overhang pendek, lampu LED depan tajam serta lampu belakang penuh berkonsep “infinity ring” memberikan identiti tersendiri. 

Masuk ke bahagian dalam pula, Atto 2 hadir dengan rekaan minimalist yang lebih tenang, dengan upholsteri kulit sintetik, serta lampu ambient biru pada pemegang pintu. 

Bahagian kabin dilengkapi instrumen kluster 8.8 inci dan dan skrin infotainment berputar 12.8 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto wayarles tanpa wayar. 

Menyumbang lagi ke arah praktikaliti untuk kegunaan harian, Atto 2 memiliki ruang boot berkapasiti 400 liter dan boleh diluaskan hingga lebih 1,300 liter apabila kerusi dilipat.        

 

Pemanduan Atto 2 pula memberikan sensasi seakan kereta berenjin pembakaran dalaman walaupun tiada bunyi,dikuasakan motor elektrik tunggal pada roda hadapan dengan 177 PS dan 290 Nm tork, memecut dari 0–100 kmj dalam 7.9 saat sahaja. 

Spesifikasi dan angka kuasa itu memberikan Atto 2 kemampuan untuk dipandu dengan lancar dan stabil, cukup untuk lebuh raya, cukup santai untuk bandar.    

Motor elektrik itu pula dikuasakan pek bateri BYD Blade 51.13 kWj, membolehkan jarak gerak sejauh 410 km (NEDC) atau anggaran 350 km (WLTP).  

Aspek pengecasan pula merangkumi AC 7 kW dan DC CCS 82 kW, membolehkan ia dicas dari 30 hingga 80 peratus dalam masa sekitar 28–37 minit. Tambahan pula, fungsi V2L 3.3 kW membolehkan penggunaan elektrik secara bergerak.    

Meningkatkan ciri pemanduan, Atto 2 dilengkapi suspendi McPherson di depan dan torsion beam di belakang yang memberikan kestabilan dan keselesaan.

Bagi teknologi keselamatan, Atto 2 datang standard dengan 6 beg udara, ADAS lengkap termasuk AEB, Adaptive Cruise Control, Lane Keep Assist, Blind Spot Monitoring, Forward Collision Warning, Surround-View Camera dan Traffic Jam Assist.      

BYD Atto 2 bukan sekadar alternatif, ia adalah EV kompak dengan gaya segar, teknologi moden, prestasi baik, dan ruang praktikal yang jarang ditemui di bawah RM100,000. 

BYD Atto 2 menyatukan keselesaan memandu, kemudahan moden, dan keselamatan lengkap, sesuai untuk bandar dan keluarga yang mahukan masa depan mobiliti lebih lestari.- UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN