Buli: Bukan salah filem, penonton perlu bijak ambil iktibar - Mierul Aiman - Utusan Malaysia

Buli: Bukan salah filem, penonton perlu bijak ambil iktibar – Mierul Aiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mierul Aiman, berpendapat karya seni termasuk filem tidak wajar disalahkan dalam perbincangan membabitkan isu buli di sekolah.  

Menurut Mierul atau Mohammad Amirul Aiman Norazman, 27, setiap adegan yang dibawa di dalam filem atau drama hanyalah sekadar cerminan terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat.

“Saya membesar dengan filem, drama siri dan muzik. Saya percaya terjadinya sebuah filem rempit kerana datangnya daripada budaya rempit masyarakat itu sendiri. 

“Bukan kerana filem rempit itu ditayangkan barulah terjadi isu-isu rempit. Saya rasa semua naskhah yang disiarkan adalah jalan cerita yang dikarang semula daripada kehidupan sebenar. 

“Bagi saya filem atau drama adalah tempat di mana manusia dibuat untuk membuatkan penonton berfikir tentang sesebuah isu itu,” katanya.

Mierul ditemui Utusan Malaysia semasa majlis tayangan perdana drama Viu Malaysia, Seadanya Kita di TRX, Kuala Lumpur pada Rabu. 

Sementara itu, pelakon Projek: High Council itu juga menegaskan masyarakat perlu menganggap setiap naskhah yang ditonton sebagai rujukan untuk menentukan mana yang baik dan buruk.

“Saya percaya masyarakat perlu melihat naskhah filem atau drama itu sebagai satu sumber rujukan untuk menentukan mana yang baik atau buruk. 

“Kita sendiri sudah dididik oleh ibu bapa dan di sekolah untuk mengenal perkara baik dan buruk. 

“Sesebuah filem atau drama itu hanya satu pameran untuk menceritakan pengalaman orang lain,” katanya. 

Terdahulu, kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina mencuri tumpuan masyarakat apabila dikatakan mempunyai kaitan dengan kes buli. 

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bagaimanapun telah membuka kertas siasatan dakwaan berkenaan dan 60 saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Ramai selebriti dan orang ramai tampil membincangkan isu ini termasuklah segelintir individu yang menyalahkan penerbitan filem berkenaan buli sebagai penyumbang peningkatan kes ini. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN