Buktikan sayang negara

Buktikan sayang negara

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Buktikan sayang negara

SOALAN
Adakah Islam menyeru umatnya supaya sayangkan negara? Bagaimana kita boleh buktikan rasa sayangkan negara itu?

Ridwan Husin, Kuala Lumpur

JAWAPAN
Islam menganjurkan kita menyintai negara kita kerana ia merupakan tempat kita beribadat dan mencari rezeki sehingga ulama menyatakan cinta terhadap negara adalah tanda iman. Antara tanda kita cintakan negara adalah dengan membayar zakat dan cukai yang adil.

Bakal cikgu dilema terima lamaran suami orang

SOALAN
Adik perempuan saya baru tamat pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG). Semasa di IPG dia diminati oleh suami orang. Lelaki itu mahu mengambilnya sebagai isteri kedua. Adakah adik saya akan dikata penyondol atau perampas suami orang kalau menerima lamaran tersebut?

Asyikin
Kuala Kurau
JAWAPAN
Sekiranya suami orang itu mampu berkahwin dua ikutlah kaedah-kaedah yang betul untuk berkahwin dua. Islam tidak melarang lelaki berpoligami dengan bersebab dan mempunyai kemampuan.

Fadilat solat dua rakaat sebelum Subuh

SOALAN
Saya sering mendengar ceramah yang mengatakan fadilat solat dua rakaat sebelum Subuh. Adakah kita boleh solat sebelum azan atau kita mesti tunggu azan Subuh dahulu?

JAWAPAN : Solat sunat fajar masuk waktunya selepas azan Subuh hingga sebelum tamat waktu Subuh. Sekiranya dilakukan sebelum azan Subuh ia dinamakan solat malam.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN