PETALING JAYA: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) melancarkan Rakan Tani iaitu aplikasi kecerdasan buatan (AI) berasaskan platform WhatsApp pertama di Malaysia yang direka khas untuk membimbing pesawah pada setiap peringkat kitaran penanaman padi. Menurut BERNAS, melalui aplikasi itu pesawah boleh mendapatkan panduan masa nyata mengenai amalan pertanian terbaik berasaskan Jadual Kerja Ladang (JKL) termasuk pengurusan kesuburan tanah, kawalan perosak, penyakit serta rumpai. Rakan Tani juga mampu menyesuaikan nasihat mengikut lokasi, jenis…