KLUANG: Seorang ibu tunggal terpaksa mengharapkan upah menyiapkan kuih popia simpul sebagai sumber pendapatan untuk menyara kehidupan tujuh anaknya di samping menanggung abangnya berstatus orang kurang upaya (OKU). Hafizah Hamid, 48, berkata, upah menyiapkan kuih popia simpul antara RM7 hingga RM10 sehari itu digunakan sebaiknya untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya. Katanya, ada ketika tiada pendapatan diperoleh kerana kadang-kala tidak membuat tempahan menyebabkan terpaksa berjimat cermat dengan pencen Ilat kematian suaminya…