Bekas CEO Yayasan milik sebuah bank antara ditahan tuntutan palsu lebiH RM2.1 juta

Bekas CEO Yayasan milik sebuah bank antara ditahan tuntutan palsu lebiH RM2.1 juta

Bekas CEO Yayasan milik sebuah bank antara ditahan tuntutan palsu lebiH RM2.1 juta di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah yayasan milik institusi perbankan dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat tuntutan palsu berjumlah lebih RM2.1 juta.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua suspek direman selama lima hari sehingga 31 Ogos 2025 selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 dan 50-an ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putarajaya sekitar pukul 5 petang hingga 11.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

“Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek dipercayai telah bersubahat dengan memperakukan dan mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan peruntukan kepada sebuah yayasan yang berjumlah lebih RM2.1 juta.

“Tuntutan itu melibatkan bantuan di bawah tabung pendidikan sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan sebagaimana dalam permohonan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mngesahkan tangkapan berkenaan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN