LIPIS: Seorang bapa kepada enam anak ditahan polis selepas disyaki memiliki 25 butir peluru hidup serta dadah jenis ganja dan pil yaba dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Mentara Baru di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan pada pukul 6.10 pagi oleh sepasukan 10 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis. “Hasil pemeriksaan…