PETALING JAYA: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekali beri melalui MyKad mula disalurkan hari ini dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025 di lebih 4,100 rakan niaga seluruh negara termasuk program Jualan Rahmah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada 23 Julai lalu berkata, bantuan ini diberikan kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas untuk pembelian barangan asas mengikut 14 kategori produk…