SEREMBAN: Pihak pemain industri pelancongan di Negeri Sembilan diingatkan supaya terlibat sama termasuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan bidang tersebut peringkat akar umbi. Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, kualiti produk dan perkhidmatan di peringkat itu juga perlu dipertingkatkan agar pelancong tidak menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi ‘sekali datang, tidak kembali’. “Semua pemain industri dan agensi mesti aktif memperkenal serta mempromosi produk negeri sambil memberikan perkhidmatan terbaik,…










