KLUANG: Dua lelaki dan seorang wanita cedera melecur teruk dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Simpang Renggam pada 13 Ogos lalu, kira-kira pukul 5.46 pagi. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh dalam kenyataan berkata, mangsa terdiri daripada lelaki berusia 44 tahun, wanita berumur 37 tahun, dan seorang lagi lelaki berusia 30 tahun, kesemuanya warga tempatan. Menurut laporan seorang pemandu bas pekerja berusia 57 tahun, insiden berlaku ketika basnya…










