DUNGUN : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Delong, di sini, yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Delong diperluas sehingga dua kilometer dari lokasi kali terakhir mangsa dilihat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin berkata, operasi mencari Nik Zariff Maliqi Qausar Nik Sulaiman, 12, yang disambung bermula pukul 7 pagi ini melibatkan kekuatan 50 anggota bomba, polis dan dibantu penduduk…

								
											








