Anak tiri bongsu Siti Nurhaliza akhiri zaman bujang - Utusan Malaysia

Anak tiri bongsu Siti Nurhaliza akhiri zaman bujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, selamat menjadi sebahagian keluarga kami.”

Demikian nukilan ringkas Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sempena pernikahan anak tirinya, Aazif Khalid.

Aazif selamat disatukan dengan suri hati pilihannya, Izza Athirah Shiraffuddin dalam majlis yang diadakan di Tropicana Golf & Country Resort.

Aazif, yang menyarungkan persalinan Melayu serba putih, sah bergelar suami dengan sekali lafaz.

Pengantin perempuan yang dinikahkan oleh bapanya, menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.

Momen istimewa sekitar majlis pernikahan itu turut dikongsikan Siti Nurhaliza menerusi lama Instagram rasminya.

Aazif sekitar April lepas mengumumkan mengenai pertunangannya dengan Izza menerusi media sosial.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN