Amanah rancang jadikan Che Zakaria calon pilihan raya

Amanah rancang jadikan Che Zakaria calon pilihan raya

CHE ZAKARIA MOHD. SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Hasrat Parti Amanah Negara (Amanah) Johor meletakkan Datuk Che Zakaria Mohd Salleh sebagai calon pada pilihan raya akan datang tidak kesampaian setelah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas itu meninggal dunia malam tadi.

Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr. Zuhan Zain berkata, parti sedang memilih kawasan yang sesuai untuk Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Amanah Johor.

Beliau berkata, pada Pilihan Raya Umum PRU) yang lalu, Allahyarham yang berusia 64 tahun dipilih sebagai calon bagi merebut kerusi Parlimen Pengerang mewakili Pakatan Harapan (PH).

“Kita masih belum putuskan kawasan untuknya bertanding, namun hajat ini tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia malam tadi.

“Sabtu lalu, beliau terjatuh dalam bilik dan dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini. Kecederaan yang dialami agak teruk dan perlu dibedah tetapi pihak hospital tidak berbuat demikian kerana terlalu berisiko,” katanya ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Mumainah Pasir Gudang, di sini hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.50 malam tadi di sisi ahli keluarganya.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi upacara pengkebumian itu di mana lebih 400 ahli keluarga, saudara dan kenalan hadir bagi memberi penghormatan yang terakhir.

Sebelum ini, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai ADUN Permas bagi penggal 2018-2022 setelah menewaskan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bekas ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengumumkan menyertai Amanah pada Julai 2022.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN