AKPS ambil tindakan terhadap pihak hasil, sebar video palsu Mohd. Shuhaily

AKPS ambil tindakan terhadap pihak hasil, sebar video palsu Mohd. Shuhaily

AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA (AKPS)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) akan mengambil tindakan terhadap individu atau mana-mana pihak yang terlibat dalam penghasilan serta penyebaran video ‘deepfake’ membabitkan Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.

AKPS dalam kenyataan berkata, video berdurasi 18 saat itu dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok.

“AKPS dengan ini menegaskan bahawa video berkenaan adalah palsu dan dihasilkan melalui teknologi AI atau deepfake.

“Penghasilan dan penyebaran video tersebut adalah cubaan berniat jahat yang menjatuhkan imej, mencemarkan reputasi, dan menjejaskan integriti Ketua Pengarah AKPS dengan tujuan memanipulasi serta mengelirukan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dan sentiasa waspada dengan kandungan yang disiarkan.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan video berkenaan. Tindakan menyebar kandungan palsu adalah satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Walaupun kemajuan teknologi AI amat dialu-alukan, namun penyalahgunaannya secara tidak beretika untuk tujuan memfitnah dan menjatuhkan maruah individu adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN