KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas dan membebaskan Timbalan Ketua Bahagian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan projek Jana Wibawa. Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memaklumkan tertuduh telah membayar kompaun sebanyak RM4.1 juta. Katanya, tawaran kompaun itu dibuat berdasarkan representasi yang dikemukakan tertuduh. Farah Yasmin berkata,…