Ada ketidakpatuhan SOP dalam siasatan Zara Qairina

Ada ketidakpatuhan SOP dalam siasatan Zara Qairina

ZARA QAIRINA MAHATHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pasukan petugas khas dari Bukit Aman mendapati terdapat ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di dalam siasatan kematian Zara Qairina Mahathir pada 16 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, ketidakpatuhan itu di mana pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk membuat proses bedah siasatan terhadap pelajar itu, Zara Qairina.

Kata beliau, ibu mangsa telah bersetuju dan menandatangani borang persetujuan untuk tidak melakukan bedah siasat.

“Persetujuan ini direkodkan dengan tanda tangan ibu mangsa, doktor, patalogi dan pegawai penyiasat dalam satu dokumen surat akuan enggan bedah siasat mayat atas kemahuan sendiri yang dikeluarkan pihak hospital.

“Susulan ini, tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan penyelia di dalam kes ini Zara Qairina ini,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×