120 peserta gamatkan Cabaran Sarapan 30 Hari Yeo's - Utusan Malaysia

120 peserta gamatkan Cabaran Sarapan 30 Hari Yeo’s

default
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seramai 120 orang hadir menyertai sekali gus memeriahkan acara pelancaran Cabaran Sarapan 30 Hari Yeo’s bertempat di Rooftop Avenue K, di ibu negara, hari ini.

Acara berkenaan menggabungkan aktiviti kecergasan bertemakan Morning Welness With Yeo’s dengan mengadakan acara senaman ‘pound workout’ yang diketuai jurulatih berpengalaman, Hanis Nor.

Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk memulakan pagi hujung minggu mereka dengan penuh bertenaga dan ceria sambil melakukan senaman berkenaan.

Kempen Cabaran Sarapan 30 Hari Yeo’s bertujuan bagi menyeru orang ramai untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Menurut Pengurus Kanan Pemasaran Yeo’s Yvonne Lam, sarapan dianggap sebagai rutin dalam permulaan hari setiap individu.

“Hari yang dimulakan dengan pilihan yang tepat, pastinya akan menjadi lebih lancar. Kami berharap cabaran ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk membina rutin terbaik demi kelancaran kehidupan seharian,” katanya.

Dalam pada itu, jenama minuman terkenal itu memperkenalkan Susu Soya Yeo’s Immuno yang hadir dalam perisa asli dan coklat. Ia turut disarankan untuk diminum ketika waktu bersarapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN