10,000 pokok kelapa pandan ditanam sebagai landskap

10,000 pokok kelapa pandan ditanam sebagai landskap

HASNI Mohammad menanam benih kelapa pokok pandan pada Majlis Pelancaran Kelestarian Benut di Taman Datuk Hajjah Fatimah Salim, Benut, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Sebanyak 10,000 ribu pokok kelapa pandan akan ditanam sebagai landskap daripada Ayer Baloi hingga ke Tampok, Benut bagi dijadikan mercu tanda baru bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, tanaman kelapa pandan tersebut melibatkan jarak sejauh kira-kira 30 kilometer dari kedua-dua hala.

Katanya, perbincangan telah dijalankan bersama Pejabat Pertanian Daerah Pontian dan Koperasi Anak Merdeka Johor Berhad (Koop AMJ) dipertanggungjawab untuk melaksanakan projek tersebut.

“Koop AMJ sedang memohon lesen pendudukan sementara (TOL) bagi dijadikan tapak semaian anak-anak kelapa pandan bagi menjayakan program tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran program Lestari Benut di Taman Dato Hajjah Fatimah Salim, Benut, di sini.

Hasni menambah, pihaknya menggalakkan mana-mana kawasan tanah kosong dan lapang ditanam dengan pokok kelapa pandan supaya menjadi tanaman landskap serta menjana pendapatan tambahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN