1,000 hadiri himpunan Justice For Faris and Zara di Kota Bharu

1,000 hadiri himpunan Justice For Faris and Zara di Kota Bharu

SEBAHAGIAN peserta berhimpun untuk menyatakan solidariti dalam menuntut pembelaan ke atas kematian Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman dan Zara Qairina Mahathir di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih 1,000 orang berhimpun menyatakan solidariti menuntut pembelaan ke atas kematian pelajar tahfiz, Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman dan Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam ini.

Perhimpunan aman yang turut dihadiri ibu bapa Wan Ahmad Faris iaitu Ruhani Hussin, 70, dan suaminya, Wan Abdul Rahman Wan Yaacob, 79, itu bermula kira-kira pukul 8.40 malam dengan didahului solat Isyak berjemaah, diikuti solat hajat dan bacaan doa buat kedua-dua arwah.

Pihak keluarga arwah berpakaian putih sebagai lambang keadilan dan keamanan manakala rata-rata peserta mengenakan ikatan kepala warna putih sambil membawa sepanduk bertulis Justice For Faris & Zara sebagai tanda bersoladiriti.

Wan Abdul Rahman ketika ditemui berkata, himpunan itu dianjurkan untuk menuntut keadilan terhadap kes Allahyarham anaknya selain memastikan siasatan dijalankan secara telus oleh pihak berkuasa.

“Kami sekeluarga sangat terharu dengan kehadiran ramai malam ini, sekali gus membuktikan perjuangan menuntut keadilan untuk Wan Ahmad Faris bukan perjuangan keluarga semata-mata tetapi juga suara masyarakat.

“Himpunan ini bukan bertujuan politik atau mahu menjatuhkan atau menghina mana-mana pihak. Fokus kami hanyalah keadilan untuk arwah dan semua pihak lain yang menuntut hak,” katanya.

Pihak keluarga dan peserta turut menyatakan solidariti terhadap kematian pelajar tingkatan satu sebuah sekolah agama di Sabah iaitu Zara Qairina dan berharap keadilan dapat dituntut oleh pihak keluarga.

Beberapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lapangan begi memastikan himpunan berlangsung dengan aman sehingga ke penghujungnya.

Wan Ahmad Faris merupakan pelajar tahfiz di sebuah sekolah agama di Kok Lanas, yang ditemukanmati dalam keadaan tergantung di tandas asrama sekolah berkenaan pada Disember 2013.

Pada awalnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun pada Jun 2016, Mahkamah Koroner Kota Bharu memutuskan kematian itu berpunca daripada perbuatan individu tidak dikenali, sekali gus menolak kemungkinan bunuh diri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN