100 saintis 'masuk' sekolah galak ceburi bidang sains 

100 saintis ‘masuk’ sekolah galak ceburi bidang sains 

ANWAR Ibrahim (dua kiri) semasa hadir hadir ke Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan hari ini, - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Kira-kira 100 saintis terkemuka negara akan ‘masuk’ sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dalam usaha memupuk dan menggalakkan pelajar menceburi bidang sains.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu secara tidak langsung memberi semangat kepada anak-anak mengenai bidang yang terlibat bagi menjadi seorang saintis.

“Semua saintis yang turung padang itu dipilih oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dari universiti, syarikat serta pusat penyelidikan.

“Selain itu mereka memberi galakan agar pelajar-pelajar fokus kepada subjek matematik dan sains untuk mengejar cita-cita dalam bidang tersebut,” katanya semasa berucap pada Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Anwar berkata, setakat ini, seramai 130 pelajar dari 11 buah sekolah di Kelantan mengikuti program Malaysian Bioeconomic Development Corporation dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Katanya, ia adalah satu program yang baik untuk melatih anak-anak dalam memberi pendedahan kepada bidang saintis.

“Semalam saya melawat institusi pondok dan hari ini MOSTI memberi pendedahan mengenai program Malaysian Bioeconomic Development Corporation.

“Ini merupakan contoh yang kita lakukan untuk mengikat kesedaran dalam bidang sains tanpa melupakan aspek agama,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Anwar menyarankan pembabitan syarikat swasta besar dalam usaha membantu sekolah di negara ini, dengan menjadikannya sebagai ‘anak angkat’ mereka.

Beliau meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 300 sekolah dijadikan sebagai anak angkat, mengambil kira negara mempunyai banyak syarikat besar.

“Setiap syarikat ambil satu sekolah sebagai anak angkat dan saya sasarkan sebanyak 300 sekolah dijadikan anak angkat kerana kita mempunyai banyak syarikat besar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN