100 hadir proses gali kubur Zara Qairina

100 hadir proses gali kubur Zara Qairina

ORANG ramai hadir ke proses penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, Sipitang, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIPITANG: Hampir 100 ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat hadir ke proses penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, di sini, hari ini.

Turut kelihatan anggota polis yang berkawal bagi memastikan proses penggalian kubur arwah berjalan lancar.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) turut hadir bagi memantau proses penggalian semula kubur arwah.

Penggalian semula kubur arwah Zara Qairina dilakukan selepas mendapat perintah Majistret Zuraini Ali Musa dari Mahkamah Majistret Sipitang pada prosiding secara aplikasi Zoom yang didengar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar tengah hari tadi.

Proses penggalian kubur itu disaksikan oleh Majistret, dua Pendakwa Raya, ibu Zara Qairina, peguam, Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan mengarahkan PDRM menggali semula mayat pelajar Tingkatan Satu itu bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN