SIPITANG: Hampir 100 ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat hadir ke proses penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, di sini, hari ini. Turut kelihatan anggota polis yang berkawal bagi memastikan proses penggalian kubur arwah berjalan lancar. Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) turut hadir bagi memantau proses penggalian semula kubur arwah. Penggalian semula kubur arwah Zara Qairina dilakukan selepas…










