PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd. Yusof dilantik menjalankan kuasa dan tugas Presiden Mahkamah Rayuan, susulan persaraan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim semalam. Pelantikan itu dibuat oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim yang menjalankan tugas Ktua Hakim Negara, sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 9(3)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Dalam surat bertarikh semalam itu, pelantikan Zabariah berkuat kuasa serta-merta dan akan berlangsung sehingga jawatan tersebut…










