Wujud kelemahan DOF Johor proses lulus permohonan pindah milik bot pukat tunda - EAIC

Wujud kelemahan DOF Johor proses lulus permohonan pindah milik bot pukat tunda – EAIC

EAIC siasat kelemahan kelulusan pukat tunda oleh DOF Johor. - UTUSAN/GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati wujud kelemahan ketara dalam proses kelulusan permohonan membabitkan pemindahan milik dan pangkalan lapan vesel pukat tunda oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Johor.

Penemuan itu hasil siasatan EAIC berhubung aduan terhadap jabatan berkenaan yang didakwa meluluskan permohonan pemindahan milik dan/atau pemindahan pangkalan bagi 10 buah vesel yang menggunakan pukat tunda tanpa mematuhi Dasar Penghapusan Pukat Tunda yang ditetapkan kerajaan.

Menurut EAIC, siasatan dijalankan susulan aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4), Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

“Hasil siasatan mendapati terdapat ketidakaturan dalam kelulusan yang diberikan terhadap lapan daripada 10 vesel berkenaan.

“Kelemahan ini menimbulkan persoalan terhadap tahap pematuhan dasar dan integriti prosedur dalam agensi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk kes tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib DOF dengan syor agar tindakan tatatertib dikenakan terhadap pegawai yang terlibat.

Tindakan itu disyorkan di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], atas kesalahan ingkar perintah sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(2)(i) peraturan yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN