Warga emas maut tersepit bawah kereta dalam kemalangan

Warga emas maut tersepit bawah kereta dalam kemalangan

BEBERAPA anggota bomba cuba mengeluarkan seorang penunggang motosikal warga emas yang tersepit selepas terperosok di bawah sebuah Perodua Viva dalam satu kemalangan di Jalan Hikmat-Taman Koperasi Jelutong, George Town, Pulau Pinang pagi tadi.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Viva di Jalan Hikmat-Taman Koperasi Jelutong di sini, pagi tadi.

Mangsa, Teh Geok Lan, 76, yang terperosok dan tersepit di bawah kereta tersebut bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.04 pagi.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak yang terdiri daripada lapan anggota dan seorang penyelia kemudian segera dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di sana, didapati penunggang motosikal itu masih tersepit di bawah kereta dan peralatan untuk mengeluarkan mangsa seperti ‘jack’ kereta telah dipasang oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan, namun, telah disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujar beliau.

Difahamkan, punca sebenar kemalangan bagaimanapun masih dalam siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN