SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut awal pagi tadi oleh pasukan bomba dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ke dalam parit di Rantau, di sini, malam semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau, Pegawai Bomba Kanan (PBK) 1, Mohd. Syazwan Saidi berkata, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berkenaan insiden tersebut pada pukul 9.53 malam. Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, mangsa iaitu…










