Warga emas maut ditimpa dahan pokok - Utusan Malaysia

Warga emas maut ditimpa dahan pokok

ANGGOTA bomba membawa keluar mayat lelaki warga emas yang maut ditimpa dahan pokok di kawasan ladang durian di Pengkalan Hulu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang lelaki warga emas maut ditimpa dahan pokok yang patah dalam kejadian di kawasan ladang durian di Kampung Klian Intan, Pengkalan Hulu di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 76 tahun itu sedang menebang pokok getah sebelum pokok tersebut tumbang dan terkena pokok lain menyebabkan dahannya patah lalu menimpa mangsa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu digerakkan ke lokasi kejadian sebaik saja menerima maklumat pada pukul 5.16 petang.

Katanya, setibanya jentera di lokasi, didapati mangsa yang terbaring tidak lagi memberi sebarang tindak balas sehingga disahkan maut oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa dibawa keluar dari kawasan ladang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada pukul 7 malam,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN