Wanita didakwa sebar gambar lucah madu

Wanita didakwa sebar gambar lucah madu

TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menyebar, mengugut dan menyimpan gambar lucah seorang wanita. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang ejen pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebar, mengugut dan memiliki gambar lucah seorang wanita yang juga madunya pada Mac dan Jun lalu.

Tertuduh yang berusia 53 membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd. Ghani.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 45 tahun dengan menyebarkan gambar-gambar lucah melalui kiriman surat.

Wanita itu berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Tertuduh juga dituduh dibawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana didakwa menyampaikan ugutan jenayah terhadap wanita sama melalui surat yang menyembunyikan identiti tertuduh yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun

Kesemua kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 2 petang di sebuah rumah bernombor, Jalan Meranti 3, Taman Sayang Selasih dalam daerah Melaka Tengah pada 27 Mac 2025.

Sementara itu, tertuduh turut berdepan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau keduanya sekali mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menyimpan gambar lucah wanita sama di dalam telefon bimbit tertuduh.

Kesalahan itu telah dilihat kira-kira pukul 3 pagi di pejabat pegawai penyiasat jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Jalan Kota dalam daerah Melaka Tengah pada 2 Jun 2025.

Timbalan pendakwa raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib mencadangkan jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan, sebaliknya tertuduh diwakili peguam Baharudin Baharim merayu jaminan RM4,000 bagi semua pertuduhan dengan alasan anak guamnya tiada pendapatan tetap dan baru sahaja selesai menjalani pembedahan penyakit kanser selain telah ditinggalkan suami kerana kes tersebut.

Baharudin turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah melarang pengadu daripada mengeluarkan kenyataan kepada media.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 6 Ogos untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN