KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memperkukuh peranannya dalam pendidikan Islam kontemporari menerusi penubuhan tiga Pusat Kecemerlangan (CoE) baharu yang memfokuskan kepada teknologi pintar, pembangunan halal dan kewangan sosial Islam. Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, tiga pusat tersebut ialah Artificial Intelligence Research Centre for Islam and Sustainability (AIRIS), Pusat Penyelidikan Halal (HRC) dan Pusat Penyelidikan Kewangan Sosial Islam (ISF). Katanya, penubuhan pusat berkenaan adalah sebahagian daripada…