KUALA LUMPUR: UMNO terus berpegang teguh kepada pendekatan politik khidmat di kawasan bandar dengan memberi keutamaan kepada usaha membantu rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan walaupun parti itu tidak menang di kawasan berkenaan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, tumpuan terhadap politik khidmat amat penting untuk memastikan perjuangan UMNO kekal relevan dan berakar umbi dalam kalangan masyarakat bandar. Katanya, pelbagai inisiatif yang menyentuh keperluan rakyat seperti usaha membasmi kemiskinan, menyediakan akses kepada pendidikan dan membantu golongan memerlukan perlu diteruskan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab parti. “Politik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya