BESUT: UMNO akan menghantar jentera negeri ke Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, beberapa negeri telah dilantik sebagai bapa dan negeri angkat mengikut kawasan ditetapkan. “Pergerakan dan penetapan kawasan negeri-negeri angkat telah disusun oleh bilik gerakan UMNO bagi melicinkan gerak kerja jentera untuk menghadapi PRN Sabah. “Semalam, Kelantan telah bergerak ke Sabah dan ditugaskan di bahagian…